Monday, March 16, 2009

kenangan ku bersama Mu....


Model Honda C50...Gambar hiasan

Dulu abah aku pernah memiliki motorsikal model C50. Motorsikal itulah yang menjadi kenangan kami sekeluarga dalam mengharungi kehidupan seharian. Nombor pendaftaran C50 tu dulu aku pun tak pasti tapi yang aku ingatlah TA153. Warna kelabi kehitaman tapi masa tu nampak buruk sikitlah sebab tidak ada sparepart macam sekarang ni! Motorsikal model ni lah yang menjadi teman masa Ma dengan Abah hantar aku pergi Tadika sampailah darjah empat sekolah rendah dulu. Masa tu ramai kawan-kawan yang tertawakan aku dengan arwah adik aku "zaidi". Tapi kami buat "ded" je, pedulikan apa orang nak cakap apa pun sebab masa tu aku sendiri tak tahu sangat pasal motor-motor ni.

Awal tahun 1994, aku dan arwah adik terkejut sebab abah nak jual motor tu. aku ingatkan abah nak beli yang lebih besar. Rupanya abah ambil yang "abang" sikit pada motor tu C70 (+20je). Yang peliknya ada seorang cina Pasir Pekan yang nak beli motor tu dengan harga yang tinggi. Abah sayang juga nak jual ni. kalau jual nak naik apa selepas ni. Jadi cina tu pun tukarlah dengan C70 PAB6546. Selepas tu cina 2 bagi balik baki harga motor 2,Adoi!! aku fikir mahal juga motor "buruk" tu? Aku lihat motor tu sekarang ni warna merah,cantiklah pulak! So begitulah cerita aku yang pernah memiliki Honda C50.....jadi kalau sesiapa yang ,masih ada motor model macam tu janganlah jual ek? k bye........ tunggu episod seterusnya